top of page

kelebihan & Sejarah wangian

  • Mir Perfume Seller
  • Mar 7, 2017
  • 1 min read

kelebihan & Sejarah wangian

Wangi-wangian adalah merupakan kegemaran Rasulullah SAW, di mana beliau pernah bersabda yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah menyukai setiap yang berbau harum (wangi) dan suka pada pakaian yang bagus-bagus" (HR Ad-Dailami)

Rasulullah SAW sangat berminat dan memakai wangi-wangian, sebaliknya membenci bau-bauan yang busuk dan keji. Keadaan ini dirakamkan oleh sahabat Nabi SAW, iaitu Anas bin Malik r.a,Sesungguhnya Nabi SAW tidaklah beliau menolak (apabila diberikan) wangi-wangian)

Sejarah MINYAK WANGI

Berasal dari Mesir, bukan dari negara Perancis iaitu negara yang dikenali hebat sebagai pengeluar perfumes. Ketika itu, di Mesir, pewangi digunakan untuk berbagai keperluan ritual bermula dari ketika kelahiran anak sehingga ke upacara kematian. Dupa dan kayu manis dibuat sebagai bahan asas yang diolah dengan cara digiling, diparut dan ditumbuk. Setelah itu, barulah proses pembuatan perfume kian maju dengan adanya proses secara teknologi terkini, iaitu mengambil wangian melalui wap air di dalam proses penyulingan. Setelah itu, barulah hasil penyulingan itu diolah menjadi berbagai jenis campuran essence (pewangi) dan kadar alkohol, di mana setiap jenisnya memiliki ketajaman aroma yang berbeza-beza.


 
 
 

Bình luận


  • Flickr Social Icon
  • Google+ Social Icon
  • Google Places Social Icon
  • Twitter Social Icon
  • Blogger Social Icon
  • YouTube Social  Icon
  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

© 2016 by Muhammad Irsyad Ramadan b Mohd Roslan , Politeknik Seberang Perai. 

bottom of page